Home FAQ
FAQ PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 15 May 2013 10:40

Soalan yang lazim ditanya. [Frequently Ask Question (FAQ)]



1. Berapakah Yuran PIBG?

     Yuran PIBG dikutip mengikut keluarga sebanyak RM50.00 sekeluarga sahaja. Ini bermakna jika keluarga A mempunyai seorang anak, sama sahaja bayarannya dengan keluarga B yang mempunyai tiga orang anak. Bagi memudahkan urusan, pembayaran akan dikutip melalui anak yang berada dalam kelas yang paling tinggi.





2. Apakah keistimewaan SK Tengku Ampuan Intan?

SK Tengku Ampuan Intan merupakan sebuah sekolah yang telah ditubuhkan pada tahun 1954. ianya merupakan sebuah sekolah yang bermula dengan aliran Inggeris, kemudian ditukar kepada aliran Melayu. Semenjak penubuhannya, pelbagai kejayaan telah berjaya dirangkaul selain daripada pelbagai anugerah yang telah diraih. Antara anugerah yang telah dikecapi oleh SK Tengku Ampuan Intan ialah Anugerah Menteri Pelajaran, Anugerah Sekolah Cemerlang, Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan mulai tahun 2012 anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Banyak kemudahan peralatan, kemudahan fizikal dan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan bakat dan kemahiran murid disediakan melalui program sekolah SBT. Ini semua menjanjikan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.





3. Bagaimanakah cara untuk belajar di SK Tengku Ampuan Intan?

Terdapat dua cara asas untuk belajar di SK Tengku Ampuan Intan. Pertamanya melalui kemasukan Tahun 1. Pendaftaran untuk Tahun 1 boleh dibuat berdasarkan pemberitahuan yang keluarkan dari masa ke semasa. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat sekolah mengikut waktu pejabat. Cara kedua, melalui proses pertukaran antara sekolah. Melalui cara ini, pemohon perlu mengisi borang permohonan pertukaran di sekolah asal dan memohon / memilih untuk bertukar ke SK Tengku Ampuan Intan. Setiap permohonan yang diterima akan dinilai dan diputuskan oleh satu jawatankuasa / panel penilai yang telah dilantik. Keputusan permohonan akan disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Selepas mendapat keputusan, jika berjaya maka murid / ibubapa /penjaga perlu mendaftar di pejabat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.




4. Bagaimanakah memohon untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber atau pengawas lain?

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pengawas Kedai Sekolah dan juga Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan satu tugas yang menjadi idaman setiap murid. Walau bagaimanapun bukan semua murid berpeluang untuk menjawat jawatan terbut atas beberapa sebab. Permohonan untuk mengisi jawatan tersebut boleh dibuat apabila pihak sekolah mengeluarkan IKLAN pada hujung tahun. Pemohon perlu mengisi borang. Satu panel penilai / pemilih akan dilantik oleh pihak sekolah. Calon-calon yang berjaya akan diberitahu. Murid / ibubapa / penjaga perlu mengambil tindakan selanjutnya dengan segera.

Antara ciri-ciri yang menjadi keutamaan oleh panel penilai ialah, kecemerlangan akademik, sahsiah dan disiplin, kecemerlangan / minat / kebolehan dalam kokurikulum, kebolehan / sifat-sifat khas. Murid / ibubapa yang berminat boleh memohon apabila dibertahu.






5. Bagaimanakah sistem persekolah di SK Tengku Ampuan Intan?

Sistem persekolahan yang amalkan di SK Tengku Ampuan Intan adalah sama dengan sistem persekolahan yang diguna pakai di sekolah lain. Ini adalah kerana, walau pun SK Tengku Ampuan Intan merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tetapi masih lagi terikat dengan undang-undang dan peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dengan sekolah lain. Antaranya ialah, setiap murid perlu berada dalam kawasan sekolah selewatnya jam 7.15pagi. kerana mulai jam 7.15 pagi perhimpunan harian diadakan dengan pengisian seperti kawad, upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, ucapan Guru Bertugas serta acara-acara sampingan.

Mulai jam 7.40 pagi, semua murid dan guru terlibat dengan Tasmik, di mana setiap kelas akan memulakan Tasmik dengan dibantu oleh beberapa orang guru bagi setiap kelas (mengikut keperluan dan kesesuaian). Ini bermakna, persekolahan setiap hari bermula dengan bacaan Al Quran. Waktu PdP bermula jam 8.00 pgi.

SK Tengku Ampuan Intan masih lagi mengamalkan sistem rehat dua sesi, iaitu Tahap 1 (tahun 1~3) jam 10.00pagi ~ 10.30pg dan Tahap 2 jam 10.30 ~ 11.00 pagi. Sistem rehat dua sesi ini juga memberi impak kepada waktu rehat guru. Guru-guru hanya akan berehat mengikut waktu ini, dan bukan menjadi satu budaya bagi guru-guru berada di kantin di waktu lain (kecuali atas sebab-sebab tertentu ).




6. Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak sekolah?

Menjadi tradisi SK Tengku Ampuan Intan mengamal dasar pintu terbuka kepada sesiapa sahaja untuk datang ke sekolah, terutama kepada ibubapa / penjaga. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh ibubapa / penjaga untuk berhubung dengan kami. Cara utama ialah dengan datang sendiri ke sekolah, bertemu dengan pihak pentadbir sekolah. Inilah cara yang paling baik kerana ibubapa / penjaga boleh bersemuka dan boleh berbincang dari hati ke hati untuk meluahkan sebarang masalah atau mendapat penjelasan mengenai sesuatu perkara. Selain daripada itu, ibubapa / penjaga juga boleh menelefon (@faks) kami menggunakan nombor telefon yang telah disediakan. Kami juga boleh dihubungi menggunakan emel yang dipaparkan dalam portal ini. Selain daripada itu, satu kemudahan yang disediakan dalam portal ini ialah eAduan. Isya Allah, pihak kami sedia untuk mendengar sebarang masalah atau cadangan yang dikemukakan oleh ibubapa / penjaga atau sesiapa jua yang berhasrat untuk membantu kami.

Last Updated on Wednesday, 15 May 2013 12:18
 
 

KEPIMPINAN SEKOLAH


En. Marzilaini Bin Muhamad
Guru Besar

En.Mohamad Zaimi Bin Mohamed
GPK Pentadbiran

Pn. Noor Alipah Bt. Sulong
GPK Hal Ehwal Murid

En.Assenam Bin Daud
GPK KoKurikulum

Dokumentasi KPM





Masa Itu Emas

Info Sekolah


    
Ini adalah merupakan laman web rasmi milik:

SK TENGKU AMPUAN INTAN
21700 Kuala Berang, Terengganu.
Tel: 09-6811009
Faks: 09-6825121
Emel: tbb5038@moe.edu.my
[Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa II]
[Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3-2012]



www.facebook.com/SkTengkuAmpuanIntan (Official)



Webmail

Penafian





Pihak pengurusan Portal IntanJunior.net tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada website ini.








Recommended service:
site monitoring