Intan Junior
Selamat Hari Guru PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 15 May 2012 23:40
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





Last Updated on Tuesday, 15 May 2012 23:42
 
Selamat Hari Guru 2012 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 May 2012 13:57

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi setiap insan yang bergelar pendidik. Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buat guru kerana ianya merupakan suatu hari yang diiktiraf oleh negara untuk menghargai sumbangan dan jasa seorang guru. Sewajarnya pada hari ini, guru-guru diraikan. Sebarang tugas walau atas apa alasan sekalipun perlu dielakkan, kecuali yang melibatkan sambutan hari guru.

Barisan guru-guru SK Tengku Ampuan Intan bersama dengan YDP PIBG.

Acara sambutan tahun ini telah diraikan dengan lebih meriah iaitu penyampaian cenderamata untuk guru-guru dan kakitangan cemerlang. Di samping itu juga guru dan murid-murid yang menyambut hari lahirnya pada hari ini diraikan dan diberi cenderamata. tahniah.


Last Updated on Wednesday, 16 May 2012 11:04
 
JADUAL OTI2 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 08 May 2012 13:11

Jadual OTI2 - Terbaharu

Last Updated on Tuesday, 08 May 2012 13:15
 
1sekolah 1budaya PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 May 2012 11:51

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melancarkan PROGRAM PEMANTAPAN BUDAYA SEKOLAH semalam. Program ini mempunyai empat Budaya Sekolah yang akan dilaksanakan, iaitu Budaya Senyum dan Salam, Budaya Gerap Sederap, Budaya Buku Di Tangan dan Budaya Makan Di Kantin. Ke semua buadaya akan dilaksanakan bagi memperkasakan budaya sekolah yang sedia ada. Majlis ini telah disempurnakan pelancaranya oleh En. Taha Sali, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Terengganu.

Empat budaya yang sedang dan akan dilaksanakan mengikut tarikh-tarikhnya ialah:

Adalah diharapkan semoga program ini akan dapat meningkatkan lagi tahap disiplin, sahsiah serta tatasusila murid-murid. Sesungguhnya, ilmu yang tinggi,ditambah pula dengan akhlak yang terpuji, maka akan lahirkan insan yang kamil.
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Senyum yang menawan oleh Tuan Guru Besar

Amboi, besarnya ketawa..... !

Gigi yang menarik telah berjaya menyelamatkan keadaan

Ketawa tidak perlu ditahan-tahan. Luahkan rasa gembira anda.




Last Updated on Monday, 14 May 2012 13:38
 
Selamat Hari Ibu PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 08 May 2012 12:59

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA WARGA INTANJUNIOR YANG TELAH BERGELAR IBU.


Last Updated on Tuesday, 08 May 2012 13:02
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 11

Guru Besar


Tuan Hj. Mat Hassan Draman

Noticeboard

Selamat Hari Guru

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU BUAT INSAN YANG BERGELAR GURU. JASA KALIAN SANGAT BESAR ERTINYA BAGI SETIAP INSAN BERGELAR MANUSIA.

Guru Bertugas Minggu Ini

Minggu 17: 13 MEI ~ 17 MEI 2012



EN. MOHD SABRI B. HASSAN  


PN.ZARINA BT. AHMAD


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"


Masa Itu Emas

Jalinan KLUSTER

Jumlah Pelawat

Content View Hits : 56607
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini:99
mod_vvisit_counterSemalam:152
mod_vvisit_counterMinggu Ini:99
mod_vvisit_counterMinggu Lepas:1913
mod_vvisit_counterBulan Ini:4804
mod_vvisit_counterBulan Lepas:10554
mod_vvisit_counterJumlah:25676

We have: 7 guests online
IP Anda:: 38.107.179.220
 , 
Today: 20 May, 2012
Terima kasih.