|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 May 2012 13:57 |
|
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi setiap insan yang bergelar pendidik. Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buat guru kerana ianya merupakan suatu hari yang diiktiraf oleh negara untuk menghargai sumbangan dan jasa seorang guru. Sewajarnya pada hari ini, guru-guru diraikan. Sebarang tugas walau atas apa alasan sekalipun perlu dielakkan, kecuali yang melibatkan sambutan hari guru.

Barisan guru-guru SK Tengku Ampuan Intan bersama dengan YDP PIBG. Acara sambutan tahun ini telah diraikan dengan lebih meriah iaitu penyampaian cenderamata untuk guru-guru dan kakitangan cemerlang. Di samping itu juga guru dan murid-murid yang menyambut hari lahirnya pada hari ini diraikan dan diberi cenderamata. tahniah.
|
|
Last Updated on Wednesday, 16 May 2012 11:04 |
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 15 May 2012 23:40 |
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
|
|
|
|
|
|
|
Last Updated on Tuesday, 15 May 2012 23:42 |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 May 2012 11:51 |
|
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melancarkan PROGRAM PEMANTAPAN BUDAYA SEKOLAH semalam. Program ini mempunyai empat Budaya Sekolah yang akan dilaksanakan, iaitu Budaya Senyum dan Salam, Budaya Gerap Sederap, Budaya Buku Di Tangan dan Budaya Makan Di Kantin. Ke semua buadaya akan dilaksanakan bagi memperkasakan budaya sekolah yang sedia ada. Majlis ini telah disempurnakan pelancaranya oleh En. Taha Sali, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Terengganu. 
Empat budaya yang sedang dan akan dilaksanakan mengikut tarikh-tarikhnya ialah:
Adalah diharapkan semoga program ini akan dapat meningkatkan lagi tahap disiplin, sahsiah serta tatasusila murid-murid. Sesungguhnya, ilmu yang tinggi,ditambah pula dengan akhlak yang terpuji, maka akan lahirkan insan yang kamil. Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
 Senyum yang menawan oleh Tuan Guru Besar
| 
Amboi, besarnya ketawa..... !
| 
Gigi yang menarik telah berjaya menyelamatkan keadaan
| 
Ketawa tidak perlu ditahan-tahan. Luahkan rasa gembira anda.
|
|
|
Last Updated on Monday, 14 May 2012 13:38 |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 08 May 2012 13:11 |
|
Jadual OTI2 - Terbaharu
|
|
Last Updated on Tuesday, 08 May 2012 13:15 |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 08 May 2012 12:59 |
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA WARGA INTANJUNIOR YANG TELAH BERGELAR IBU.

|
|
Last Updated on Tuesday, 08 May 2012 13:02 |
|
Selamat menyambut orang baru |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 06 May 2012 17:31 |
|
TAHNIAH! Inilah baby girl cg Chai yang telah selamat dilahirkan.
 (gambar ihsan dari FB cg Chai)
Tahniah, selamat menjadi ibu, sempena hari ibu pada tahun ini dari warga IntanJunior
|
|
Last Updated on Sunday, 06 May 2012 17:45 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>
|
|
Page 1 of 9 |